Surat terakhir Jonghyun jelaskan tindakan bunuh diri


"Kemurungan ini semakin memakan diri saya," demikian kata ahli Grup SHINee, Jonghyun yang mengambil keputusan untuk membunuh diri menggunakan briket arang di kediamannya semalam lapor Allkpop.

Menerusi surat terakhir yang diberikan pada rakan rapatnya, ahli grup Dear Cloud, Nine9 memuat naik surat terakhir Jonghyun melalui akaun Instagram miliknya.

"Saya rasa murung, tiada apa yang dapat bantu mengatasi rasa ini. Saya benci diri sendiri dan keseorangan. Berkata-kata untuk mengakhirinya memang mudah, tapi bukan senang untuk lakukannya. Saya nak lari dari segala-galanya.

"Semua ini salah saya, saya nak orang perasan kesalahan saya tapi mereka tidak kenal diri saya yang sebenarnya. Kesakitan itu sakit, ada suruh cari punca sakit tapi diri saya tahu puncanya adalah diri sendiri.

"Dunia popular ini bukan untuk saya, sebab itulah ia menyakitkan. Kenapa saya pilih ini? tak sangka boleh tahan lama.

"Tolong bagitahu saya dah kerja keras lakukan yang terbaik, jangan letakkan kesalahan di bahu saya, Selamat tinggal," tulis kapsyen tersebut.


Ahli keluarga dan agensi Jonghyun diberitahu mengenai surat tersebut sebelum ia dimuat naik kepada orang ramai.

Menurut sumber, ahli grup SHINee masing-masing masih dalam keadaan terkejut apabila menerima berita kematian Jonghyun.

"Min-ho pitam, Taemin menangis teruk, Key mengunci dirinya di dalam bilik manakala Onew tidak henti-henti menyalahkan dirinya," kata sumber tersebut.

Semalam, penyanyi tersebut ditemui mati di kediamannya yang terletak di Cheongdam-dong, Seoul jam 6.30 petang tadi waktu tempatan lapor Channel News Asia.

Pihak berkuasa mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri oleh pihak berkuasa di dalam sebuah bilik bersama arang batu yang terbakar, satu kaedah bunuh diri biasa di sana.

Post a Comment

Previous Post Next Post