Syafiq Kyle Saya belum layak digelar Hero Pujaan Malaya


Pelkon Syafiq Kyle, 25, akui dirinya belum layak digelar 'hero pujaan Malaya' walaupun ramai memberi gelaran itu selepas aksi mesra dan romantik dalam lakonan.

Tambah pula baru-baru ini Syafiq menang Lelaki Dambaan dalam satu majlis anugerah.

Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, dia masih baru dan banyak perlu dipelajari serta diperbaiki dalam lakonan.

“Kalau nak kata saya mahir melakonkan babak romantik atau aksi mesra dalam drama, rasanya belum lagi.

“Setakat ini apa yang dipersembahkan dalam lakonan adalah hasil perbincangan bersama pengarah untuk sesuatu babak mesra itu.

“Ia juga atas dasar persetujuan bersama dengan rakan lakon untuk lakukan babak mesra itu sebaik mungkin”, katanya.


Kata Syafiq, semua yang dipersembahkan dalam lakonan itu dibuat secara profesional kerana tanggungjawab kerja.

“Sebagai pelakon, saya komited dengan setiap projek dibintangi kerana ia tanggungjawab saya.

“Apapun, terima kasih kepada peminat dan penonton yang memberi sokongan terhadap drama-drama lakonan saya," katanya.

Mula berlakon pada 2011 menerusi drama Tanah Kubur, bakatnya mula jadi perhatian dan melonjak selepas berlakon drama Mencintaimu Mr Photographer dan terbaru, Dekatkan Jarak Kita mengisi slot Samarinda di TV3.

Kali ini Syafiq berganding dengan Ayda Jebat dan kini 'trending' di Twitter untuk setiap episod.

Post a Comment

Previous Post Next Post