Lelaki Kurang Kuat Cari Tauke Jambu


Tauke keluar ubat kuat bantu lelaki bermasalah.

Selepas mendirikan rumah tangga kali keempat dengan Nadia, pelawak Tauke memberitahu dia tidak segan untuk mempromosikan ubat kuat yang baharu dikeluarkannya.

Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 40, berkata, dia mula mengusahakan produk berkenaan pada pertengahan tahun lalu dan akan dilancarkan secara rasmi dalam masa terdekat.

"Saya dapat idea pertengahan tahun lalu dan mengusahakannya dengan seorang rakan.

"Ini adalah masalah lelaki yang malu untuk bertanya, jadi saya fikir ingin membantu kaum Adam sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Tauke bergelar suami kepada Nadia Mohd Affendi dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis di De'Laman, Shah Alam, pada Ahad lalu.


Tauke menjadi suami Nadia pada Ahad lalu.

Dalam pada itu, Tauke mengakui selepas memuat naik beberapa foto mempromosi produk berkenaan, dia menerima banyak respons daripada lelaki yang mempunyai masalah berkenaan.

"Perkara ini boleh menjadi punca pergaduhan dalam rumah tangga dan saya suka nak membantu mana-mana yang mempunyai masalah tersebut.


"Ramai juga yang hantar mesej kepada saya bertanya tentang masalah lelaki selepas mereka tahu saya jual ubat ini. Saya tidak kisah yang mana boleh bantu kita cuba bantu," ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang kehidupan berumah tangga, Tauke mengakui kehidupannya lebih terurus.

Dia juga dalam proses untuk mengatur arah kehidupan rumah tangga yang dibina kali keempat itu agar menjadi lebih baik.

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan saya pun dah boleh berehat selepas majlis perkahwinan kami.

"Sekarang rasa ada orang jaga dan makan minum pun lebih tersusun," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post