Izara Aishah anggap rezeki jika hamil awal


Pelakon Izara Aishah yang sudah mendirikan rumah tangga berkongsi rutin kehidupannya.

Katanya, dia mulai belajar melakukan tugas sebagai isteri selepas berpindah dari kediaman keluarga.

“Bila sudah berkahwin, tentunya akan ada perbezaan meski tidak terlalu ketara. Bagaimanapun, apabila sudah tinggal berdua bersama suami, rasa tanggungjawab itu makin besar. Kami lakukan semuanya sendiri memandangkan kami tidak mengambil pembantu rumah.

“Setakat ini, tiadalah masalah kerana suami tidak terlalu cerewet,” akui Izara.


Bercakap mengenai cahaya mata pula, Izara mengakui tidak merancang. Sebaliknya dia dan suami menerima andai rezeki itu tiba awal.

“Cuma kalau boleh biarlah ia berjalan secara perlahan-lahan memandangkan kami pun baru sahaja berkahwin. Tapi kalau diberi rezeki awal, kami bersyukur," ujarnya.



Ditanya pula tentang kerjayanya sebagai artis, Izara memberitahu suaminya tidak menyekat minatnya itu.

“Adib tidak pernah ada rasa cemburu terhadap mana-mana lelaki yang berlakon di samping saya sama ada dalam drama atau filem.

"Kadang-kadang pelik juga. Bagaimanapun, mungkin kerana Adib juga sudah biasa dengan industri seni menyebabkan dia memahami,” akhiri Izara.

Post a Comment

Previous Post Next Post