Ibu Zul Ariffin meninggal dunia


Ibu kepada aktor popular, Zul Ariffin, Robiah Nasir meninggal dunia akibat serangan jantung, awal pagi tadi.

Menurut Zul, arwah ibunya menghembuskan nafas terakhir di rumah kakaknya di Sungai Penchala, Damansara, antara jam 3.40 hingga 4 pagi tadi.

"Ibu saya memang sakit jantung namun saya tak sangka dia akan pergi seawal ini kerana dia tidak menunjukkan apa-apa tanda langsung.

"Apapun, saya reda dengan pemergian ini. Semoga urusannya disana dipermudahkan. Amin," katanya.

Katanya, jenazah ibunya akan disembahyangkan di Masjid Al-Ghufran, Taman Tun Dr. Ismail.dan dikebumikan selepas solat Zohor.

Dalam pada itu, rata-rata peminanya terutamanya di kelab peminat Zul Ariffin FC di laman sosial mengucapkan takziah kepada pelakon drama Titian Cinta itu..


"Ø¥ِÙ†َّا للهِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ

Indeed we belong to Him, and indeed to Him we return.

We just received sad news that The Boss’ mom just passed away this morning. Our deepest condolences to Boss & family. .

We will always remember her as the most positive, energetic and supportive person. She is with Allah now and let's pray for her. She’ll definitely be in good place.

Al-fatihah buat Robiah Nasir.

Post a Comment

Previous Post Next Post