Fazley Yaakob cipta permainan memasak untuk telefon pintar


Fazley menunjukkan aplikasi permainan mudah alih memasak yang diberi nama Chef Fazley’s Kitchen untuk pengguna telefon pintar.

Selebriti cef terkenal, Datuk Fazley Yaakob melancarkan aplikasi permainan mudah alih memasak yang diberi nama Chef Fazley’s Kitchen untuk pengguna telefon pintar.

Permainan tersebut dilancarkan malam tadi menerusi Live Video (LV) di akaun Instagramnya.

Menurut Fazley, 39, ilham untuk mencipta permainan tersebut timbul selepas menyedari tiada satu pun jenis permainan memasak menampilkan selebriti cef dari negara ini.

“Saya seronok tengok orang main permainan ini tetapi sayang, yang ada hanya menampilkan selebriti cef terkenal dari luar negara seperti Ramsay Gordon.



“Jadi saya mengambil inisiatif untuk menjadi orang pertama melancarkan aplikasi permainan memasak di bawah nama saya untuk membuktikan anak tempatan juga boleh melakukannya,” ujarnya.

Permainan tersebut boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play.

Post a Comment

Previous Post Next Post