Farid Kamil Siapa netizen mengecam pengurniaan Datuk kepada insan seni


Farid Kamil Zahari, 36, (kanan) dan Aaron Mustapha Aziz, 41, dikurniakan Pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil menyifatkan tindakan segelintir netizen yang mempertikaikan penganugerahan gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah kepadanya sebagai tidak berasas.

Farid Kamil Zahari, 36, dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran datuk.


Menurutnya, kecaman itu wujud disebabkan netizen tidak mempunyai sebarang ilmu atau pembelajaran khusus tentang adat-adat Kesultanan Melayu Pahang.

"Siapa netizen itu (yang mengecam)? Yang memberikan penganugerahan itu adalah atas titah Sultan Pahang.

Advertisement

"Saya berharap mereka lebih baik diam," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Selain Farid Kamil, pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz turut menerima DIMP yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Post a Comment

Previous Post Next Post