Seperti sudah terang lagi bersuluh bahawa penyanyi Selena Gomez sudah kembali bercinta dengan bekas teman lelakinya, Justin Bieber.
Episod cinta mereka semakin menimbulkan kerisauan dalam kalangan peminat apabila menurut laporan HollywoodLife, Gomez mahukan sesuatu yang pelik iaitu ciuman romantik Bieber sempena tahun baru 2018.
“Gomez ada satu harapan untuk tahun baru iaitu mendapatkan ciuman romantik daripada Bieber pada malam ambang 2018.
“Selepas menghadapi tahun yang mencabar pada 2017 termasuk ‘drama’ keluarga ketika Hari Natal, dia amat teruja menghabiskan masa bersama bekas teman lelakinya itu sempena tahun baharu,” ujar satu sumber kepada portal hiburan tersebut.
Bagaimanapun, tiada kesahihan di mana Gomez dan Bieber menghabiskan masa bersama bersempena kedatangan tahun baharu.
“Apabila masuk saat pertama tahun 2018, Gomez hanya mahukan satu iaitu ciuman dan dipeluk Bieber tidak kira di mana mereka menyambut tahun baharu bersama,” kata sumber itu lagi.
Baru-baru ini, ibu penyanyi lagu Bad Liar itu, Mandy Teefey dilaporkan dikejarkan ke hospital selepas mengetahui anaknya dan Bieber sudah bercinta semula kerana tidak merestui perhubungan mereka.