Sufian Suhaimi tidak mahu berahsia dengan tunangnya, Elfira Loy.
Setelah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Elfira Loy, penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan dia kini lebih berterus-terang dalam banyak perkara.
Menurut Sufian, 25, dia juga terbuka untuk berkongsi apa jua perkara termasuk hal peribadi dengan pelakon cantik itu.
"Selepas bertunang, kami bersikap lebih terbuka dan tidak berahsia dalam perhubungan.
Sufian Suhaimi Tak Jumpa Elfira
"Kalau ada rasa tak puas hati, terus beritahu dan tiada istilah terasa hati. Ada masalah, kami bincang bersama.
Sufian lebih berterus-terang dalam banyak perkara.
"Sekarang ini kami lebih rapat dan berkongsi banyak hal berkaitan kehidupan dan peribadi," katanya kepada mStar Online.
Sufian ditemui di Malam Kemuncak Konsert Festival Folklore PJ Fair 2017 di Taman Tasik Bandaran Kelana Jaya, Selangor pada malam Sabtu.
Konsert yang dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu turut mengundang Datuk M. Nasir, Datuk Ramli Sarip, Ameng Spring, Kaka Azraf dan Faizal Ismail selaku pengacara.
Sementara itu, Sufian memberitahu dia banyak berkomunikasi dengan tunangnya itu menerusi panggilan telefon.
Baginya, kesibukan kerja bukan penghalang untuk dia terus berhubung dan berbincang mengenai perancangan perkahwinan.
Hubungan pasangan ini semakin serius selepas Sufian memberikan kejutan hari lahir Elfira yang ke-23 tahun pada 8 Mac lalu. Foto Instagram @sufiansuhaimi
"Kebiasaannya kami berbual melalui panggilan telefon dan berkongsi cerita mengenai aktiviti harian.
"Masing-masing sibuk dengan kerja dan hanya itu cara untuk kami melepaskan rindu," ujarnya.
Pasangan selebriti ini telah bertunang pada 6 Oktober lalu di kediaman keluarga Elfira di Cheras, Selangor.
Mereka dijangka melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan, namun masih belum menetapkan tarikh sebenar.