Shila Amzah bertunang dengan jejaka pilihan


Penyanyi terkenal, Shila Amzah dilaporkan selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati.

Majlis pertunangan pasangan itu difahamkan berlangsung di kediaman keluarga Shila Amzah.

Bagaimanapun tiada maklumat tentang identiti lelaki yang menjadi pilihan hati penyanyi ini.

Menurut sumber daripada Rotikaya, tunangan penyanyi tersohor itu dikenali sebagai Haris Idraki Elias.

Difahamkan, Haris yang berusia 28 tahun bekerja dalam sektor kewangan di kota London.

Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Post a Comment

Previous Post Next Post