Lufya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.39 kilogram pada petang.
Penyanyi Lufya selamat melahirkan bayi perempuan sulung secara normal di Pusat Perubatan Tropicana, Kota Damansara pada petang Sabtu.
Menerusi laman Instagram Lufya memberitahu bayi seberat 3.39 kilogram itu dalam keadaan sempurna dan cukup sifat.
"Bismillahirahmanirahim, Alhamdulillah syukur our princess #babyL selamat dilahirkan secara normal dan bayi dalam keadaan sempurna dan cukup sifatnya.
"Dilahirkan pada tarikh 11.11.17 jam 6.32 petang dengan berat 3.39 kilogram.
"Terima kasih Dr. Arifah yang dibantu oleh suami @chehafiz007 menyambut kelahiran Baby L dengan baik," kata Lufya.
Menurut Lufya atau Lutfyah Sheikh Omar, suaminya, Che Muhammad Hafiz yang memotong tali pusat bayi mereka serta memberi sokongan padanya ketika di dalam bilik bersalin.
Lufya juga mengucapkan terima kasih kepada keluarga, rakan dan peminat yang tidak pernah putus mendoakan keadaannya dan bayi.
"Daddy dah macam cheerleader kat labour room semalam. Untungnya baby L, daddy dia sendiri yang potong tali pusat dia.
"Terima kasih kepada seluruh keluarga Lufya dan Hafiz yang tak putus-putus mendoakan.
"Tidak lupa juga sahabat, penyokong industri, pengikut yang memberikan kata-kata semangat dan doa anda. Sayang selalu," ujarnya.
Lufya dan Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 27, berkahwin pada 26 November 2016.