Fattah Amin, Fazura bernikah?


Pasangan popular yang dikatakan sedang bercinta, Fattah Amin, 27 dan Nur Fazura, 34, menerusi satu kenyataan akhbar memberitahu mereka akan mengadakan satu sidang akhbar pada 23 November ini, sekembalinya daripada menunaikan umrah.

Acara berkenaan diadakan bagi menjawab spekulasi tentang hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah semalam di rumah nenek pelakon wanita berkenaan di Petaling Jaya, di sini.

“Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa daripada semua rakan-rakan wartawan dan para peminat agar ibadah umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

“Terima kasih atas doa-doa kalian dan insya-Allah diberkati dengan umrah yang mabrur,” kata mereka memetik kenyataan yang diberikan kepada media.


Fatah dan Fazura pergi ke Tanah Suci pagi tadi dengan diiringi keluarga masing-masing dan wakil pengurusan mereka.

Sejak malam tadi, desas-desus mengenai pernikahan pasangan tersebut mula bertebaran, namun kedua-duanya enggan mengesahkan berita berkenaan termasuklah wakil syarikat pengurusan masing-masing.

Post a Comment

Previous Post Next Post