Pasangan Song-Song kini suami isteri


Song Joong-ki dan pasangannya, Song Hye-kyo melangsungkan perkahwinan mereka petang tadi.

Selebriti terkenal Song Joong-ki dan pasangannya, Song Hye-kyo melangsungkan perkahwinan mereka petang tadi di Shilla Hotel lapor Koreaboo.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan dihadiri keluarga dan rakan terapat kedua-dua selebriti tersebut tanpa kehadiran wartawan.

Antara yang hadir adalah Lee Kwang-soo, Yoo Jae-suk, Kim Jong-kook, Park Hyung-sik,Cha Tae-hyun,Haha, So Ji-sub, Kim Ji-won, Zhang Zi Yi, Park Bo-young, D.O dari kumpulan EXO, dan ramai lagi selebriti popular Korea Selatan.

Kedua-dua mempelai kelihatan sama cantik sama padan dan kegembiraan terukir di wajah mereka saat diumumkan sebagai suami isteri.

Selain itu, perkahwinan pasangan yang digelar 'song-song couple' ini turut trending di serata dunia di laman Twitter iaitu #SongSongCouple Wedding di mana para peminat luar negara mengucapkan tahniah kepada mereka.

Terdahulu, pasangan ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan akan melangsungkan perkahwinan.

Kedua-dua mereka bertemu semasa membintangi drama popular, Descendants of the Sun tahun lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post