Nastia tak kecewa


Kumpulan Nastia tidak kecewa walaupun belum dikenali selepas enam tahun membabitkan diri dalam industri muzik.

Pernah muncul dengan lagu Rapuh, band itu mengakui tempoh itu belum cukup untuk mengangkat mereka ke tahap lebih tinggi.

Vokalisnya, Leo Azman berkata mereka menganggap diri masih ‘hijau’ dan masih belajar selok-belok dunia hiburan.

"Nastia boleh diibaratkan seperti kanak-kanak yang belum baligh. Banyak lagi yang perlu kami dalami.

"Tiada istilah kecewa malah situasi ini buat kami lebih gigih menghasilkan lagu yang boleh diterima pendengar," katanya.


Nastia - Nastia

Disenaraikan dalam pencalonan Carta Muzik Muzik 32, Nastia berharap ia menjadi medium terbaik untuk memperkenalkan lagu mereka kepada umum.

Nastia yang kini bernaung di bawah syarikat rakaman Faithful Music turut dianggotai Rudy Iskandar selaku pemain gitar, Zack Zainal (piano) dan Adzim Shafi (bass).

Post a Comment

Previous Post Next Post