Pengarah, Datuk Hans Isaac bersama tunangnya, Aileen Gabriella Robinson pada sidang media pengumuman khas majlis dan tarikh perkahwinan mereka bertempat di Hotel Majestic Kuala Lumpur.
Pelakon, penerbit dan pengarah kacak, Datuk Hans Issac mengumumkan membatalkan perkahwinan dengan tunangnya, Gabrielle Robinson sebentar tadi.
Dalam satu kenyataan Hans berkata, keputusan dibuatnya setelah berfikir panjang selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu.
"Dengan berat hati saya umumkan bahawa rancangan saya untuk berkahwin, setelah bertunang pada 29 Januari awal tahun ini, terpaksa dibatalkan.
"Keputusan untuk membatalkan rancangan perkahwinan ini tidak mudah dan dibuat setelah berfikir panjang susulan daripada pertunangan tersebut," katanya.
Dalam pada itu, Hans memohon maaf kepada semua rakan dan keluarga yang telah memberikan sokongan yang tak terhingga dan mendoakan terbaik buatnya.
Sebelum ini, tanda tanya mengenai krisis hubungan antara mereka sering menjadi persoalan.
Pasangan ini bertunang pada 29 Januari lalu.
Mereka sepatutnya melangsungkan perkahwinan di Gereja Saint John Cathedral, Kuala Lumpur manakala majlis resepsi pula dilakukan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.