Pelaon Gerard Butler memberitahu, dia kini sudah bersedia untuk memiliki keluarga sendiri.
Bahkan, aktor berusia 47 tahun itu meletakkan sasaran untuk bergelar bapa dalam tempoh lima tahun akan datang.
“Dalam tempoh lima tahun saya mahu mempunyai komitmen dalam perhubungan dan berasakan ketika itu, saya impikan seorang atau dua orang anak. Saya rasa sudah tiba masanya,” katanya seperti yang dilapor portal Femalefirst.com.
Advertisement
Butler kini dikatakan menjalani kehidupan solo selepas berpisah dengan teman wanitanya, Morgan Brown pada Ogos lalu.
Perpisahan mereka dipercayai disebabkan pelakon filem P.S. I Love You itu belum bersedia untuk mempunyai komitmen dalam rumah tangga.