Rody Kristal kecewa


Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody terkilan dengan sikap segelintir penggiat industri muzik yang suka menabur janji palsu apabila membabitkan tawaran persembahan.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin, 31, bertindak meluahkan rasa tidak puas hati itu di Instagram miliknya sebagai peringatan serta membela artis lain.

Menurutnya, dia tidak mahu menuding jari kepada sesiapa tetapi tindakan sebegitu sangat tidak adil terhadap mana-mana artis sekali pun.

“€Kami sudah lama dalam industri muzik dan janji-janji palsu ini tidak sepatutnya berlaku. Kami kerap terkena di mana sesetengah individu berjanji mahu memanggil kami jika ada tawaran persembahan yang bayaran setimpal.

“Sebaliknya ia tidak berlaku di mana kami langsung tidak dipandang dan dilupakan. Tak eloklah begitu dan perkara ini memang sangat menyakitkan hati,€ katanya yang kini aktif sebagai pemuzik undangan dan pengiring.

Rudy berkata, buat masa ini Kristal mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada karier muzik dan fokus kepada hal masing-masing.

Rodi berkata, mereka juga bakal menyiapkan album terbaru dan dijangka akan dilancarkan tahun depan.

Post a Comment

Previous Post Next Post