Nora dan suami ketika menghadiri majlis perkahwinan Engku Emran dan Laudya pada Jumaat.
Khabar angin Nora Danish kini sedang berbadan dua mula bertiup kencang sejak pelakon itu memuat naik foto yang memperlihatkan perubahan pada bentuk tubuhnya.
Ruang komen di foto yang dikongsi di laman Instagramnya juga dipenuhi pertanyaan peminat yang melihat perut pelakon tersebut umpama ada 'baby bump'.
Kata pemilik akaun Hlabeae89, "Kak Nora mengandung ke? Tahniah, saya tumpang gembira untuk awak."
Malah, ada juga sudah mengucapkan tahniah kepada Nora dan suaminya, Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Bossned dan mendoakan mereka dikurniakan cahaya mata.
"Kita doakan yang baik-baik. Semoga kak Nora beroleh rezeki untuk menimang bayi baru," kata salah seorang pengikut Nora.
Foto yang menampakkan perut Nora seperti ada 'baby bump'.
Bagaimanapun, ada juga beberapa komen netizen yang mengatakan badan pelakon Isteri Untuk Dijual ini semakin berisi kerana bahagia melayari bahtera perkahwinan bersama insan tercinta.
Namun, mereka memuji bentuk badannya kini lebih cantik dan wajah berseri selepas berkahwin.
"Orang kata selepas kahwin ini memang berisi. Bahagia la katakan. Nanti kurus nampak sangat lelaki tak bagi makan. Terpaksa berpura-pura bahagia pula.
"Nora Danish macam mana pun tetap nampak classy," kata Dzzalika17.
Menguatkan lagi spekulasi ini, ada sumber yang boleh dipercayai mengatakan Nora kini sedang dalam fasa trimester pertama.
Kenyataan sumber tersebut dilaporkan menerusi portal hiburan pada Ahad. Menurutnya lagi, pasangan ini tidak mahu mengumumkan berita tersebut kerana masih terlalu awal