Elfira Loy dihentam Sufian Suhaimi tenang saja


Penyanyi Sufian Suhaimi lebih suka mengambil pendekatan berdiam diri apabila video yang memaparkan kemesraannya dengan pelakon dan pengacara yang juga kekasihnya, Elfira Loy mendapat kritikan negatif netizen ketika ini.

Video itu dijayakan Sufian dan Elfira sempena kempen satu jenama terkenal anjuran sebuah majalah, baru-baru ini.

Elfira juga mendapat kecaman daripada netizen yang tidak suka dengan paparan pelbagai aksi mesra termasuk Elfira yang terlentok di bahu Sufian sedangkan mereka belum berkahwin lagi.

Namun, penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir itu tidak cepat melatah dan tenang menjawab isu berkenaan.

"Semua orang termasuk pemimpin negara pun kena kritik setiap hari dan bukan saya dan Elfira saja. Bagi saya, semua komen yang diterima sama ada baik atau buruk di laman sosial adalah hak mereka.



"Saya melihat komen sama ada negatif atau positif adalah perkara biasa di media sosial. Ini perkara biasa di media sosial. Semua perkara mereka akan komen, sama ada baik atau buruk dan itu hak masing-masing," katanya.

Diminta mengulas mengenai Elfira yang dihentam teruk kerana video itu, Sufian berkata, Elfira juga tidak mahu memberi komen mengenai isu itu.

"Ibu Elfira menasihatkannya supaya tidak memberi sebarang komen yang boleh memanjangkan lagi isu itu. Saya juga percaya, berdiam diri lebih baik untuk tidak memanaskan lagi keadaan," katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post