Pelakon Datin Eina Azman menafikan dirinya hamil seperti didakwa netizen di laman sosial Instagram miliknya.
Eina berkata, mungkin ramai menyangka dia hamil apabila berat badannya semakin bertambah.
"Tidak dinafikan ramai tertanya-tanya adakah saya hamil lagi apabila kelihatan semakin berisi.
"Sebenarnya kebelakangan ini saya kerap ke luar negara untuk menguruskan produk kecantikan yang akan berada di pasaran tidak lama lagi.
"Di sana saya tidak dapat kawal makan sehingga berat badan bertambah, katanya.
Menurut Eina, sekiranya disahkan hamil dia akan berkongsi khabar gembira itu dengan peminat.
"Berita baik tak perlu disorok. Lagipun saya memang nak anak lagi.
Soal zuriat, saya dan suami tidak pernah merancang. Kami serahkan sepenuhnya kepada Allah SWT, katanya.
Eina mendirikanrumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden Abdullah pada 31 Ogos 2014.
Mereka dikurniakan sepasang anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang kini berusia setahun tujuh bulan.