Chef Wan Dipilih Master Chef 2017


Chef Wan memenangi dua anugerah sekaligus.

Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuwan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan menerima dua anugerah dalam World Top Gourmet Awards 2017 yang berlangsung di Berjaya Timesquare Hotel, Kuala Lumpur, malam Selasa.

Terbaharu, Chef Wan memuat naik beberapa foto dan video di laman Instagram miliknya untuk berkongsi mengenai kemenangan itu.

"Ini betul-betul satu kejutan buat saya dalam acara malam ini, Alhamdulillah," tulisnya di Instagram.

Chef Wan turut mengucapkan terima kasih kepada peminat dan sesiapa sahaja mendoakan karier dan kehidupannya.

Dalam acara itu, Chef Wan, 51, menerima anugerah Food Ambassador dan 2017 Master Chef of the Year.

A post shared by chef wan (@chefwan58) on



Laman Instagram Chef Wan turut dibanjiri komen netizen yang tidak putus-putus memberi ucapan tahniah kepadanya.

"Tahniah, memang layak dan sewajarnya anugerah sebegini diberikan kepada Chef Wan," tulis salah seorang pengikutnya di Instagram.

Alhamdulillah. Congrats Chef, teruskan melakar kejayaan di persada dunia. Kami bangga," tulis seorang lagi pengkutnya.

Chef Wan memiliki ijazah dalam Latihan Profesional Chef dan Pengurusan Hotel dari California Culinary Academy di San Francisco, Amerika Syarikat.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah dinobatkan sebagai 'Selebriti Chef Terbaik Dunia' di 'World Gourmand Cookbook and Media Awards 2009' selain menerima gelaran 'Friends of Thailand Award' pada 2010 daripada kerajaan Thailand.

Post a Comment

Previous Post Next Post