Akaun Facebook Haziq Hot FM pula digodam


Penyampai radio Hot FM, Haziq terkilan dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang mewujudkan akaun Facebook menggunakan gambar profilnya untuk menyebar foto tidak bermoral.

Haziq atau nama penuhnya, Mohammad Haziq Irfan Mohd Hussni berkata, dia terpaksa bersuara kerana bimbang reputasinya terjejas ekoran tindakan tidak bermoral pemilik akaun yang menggunakan nama Haikal Jee itu.

Tambah Haziq, beberapa minit selepas itu, akaun Facebook miliknya pula menjadi mangsa penggodam lalu segera membuat laporan polis kerana bimbang identitinya disalah gunakan.

"Saya membuat laporan polis bukan untuk mendapatkan semula akaun itu, sebaliknya mahu segala penyebaran gambar dan maklumat tidak bermoral menggunakan identiti saya dihentikan.

"Saya juga bercadang membuat laporan kepada Facebook supaya individu terbabit tidak lagi menggunakan wajah saya untuk tujuan tidak sihat," katanya.

Haziq berkata, dia menyedari perkara itu daripada beberapa pengguna laman sosial itu dan bertindak untuk segera membuat laporan polis kerana bimbang ia menimbulkan salah faham ramai.

"Perkara itu boleh menjejaskan reputasi dan menimbulkan salah faham ramai terhadap saya," katanya.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post