Video Zarina Anjoulie tidak tuju sesiapa


Pelakon Zarina Anjoulie menafikan video yang dimuatnaik di laman Instagram miliknya sejak semalam mengenai lelaki tidak bertanggungjawab ditujukan kepada sesiapa secara spesifik.

Zarina, 31, video berkenaan ditujukan kepada umum terutama kepada wanita yang berpengalaman hidup dengan lelaki tidak bertanggungjawab.

“Tidak perlu memetik nama sesiapa. Kebanyakan video yang saya kongsikan adalah luahan pendapat dan juga jawapan bagi beberapa soalan yang saya terima di Instagram daripada pengikut saya,” katanya.

Dalam enam video yang dimuat naik itu, Zarina meluahkan dengan jujur setiap pendapatnya dan menerima pujian daripada pengikutnya.

“Pada mulanya saya hanya sekadar berkongsi pengalaman hidup. Tak sangka pula selepas itu ramai yang menghantar mesej dan meminta saya berikan pendapat kepada permasalahan mereka.

“Apa yang saya kongsi kebanyakannya saya lalui sendiri dan ada yang saya lihat dari persekitaran. Memang saya luahkan secara jujur kerana apa perlunya saya menjadi orang lain semata-mata untuk memuaskan hati orang?” katanya.

Katanya, ramai wanita hari ini yang mempunyai pelbagai masalah, namun tiada tempat untuk mereka kongsikan.

“Saya bukanlah orang yang mereka kenal, jadi mungkin itu membuatkan mereka lebih terbuka untuk berkongsi,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post