Tahun 2017 antara tahun yang amat sibuk bagi Neelofa baik dari lapangan seni mahupun perniagaan.
Bermula Januari lalu sehinggalah hujung tahun ini pelbagai aktiviti dirancang pemilik wajah manis ini.
Neelofa kini berada di Los Angeles, Amerika Syarikat bagi mengelolakan beberapa urusan berkaitan kerjaya.
Salah satunya ialah sesi penggambaran sebuah projek eksklusif Neelofa dan jenama barang kemas antarabangsa, Swarovski di Malibu.
Namun buat masa ini, usahawan dan juga artis popular ini enggan berkongsi projek yang sedang dilakukan ini kerana menganggap masih terlalu awal untuk menghebahkannya.
Pun begitu, Neelofa menyifatkannya pengalaman bekerja dengan tenaga kerja di sana sangat menyeronokkan.
Dikelilingi mereka yang sangat ceria dan positif, membangkitkan semangatnya untuk terus bekerja meskipun masih dalam keadaan jetlag dan kepenatan.
Teruja dengan kerjasama ini, Neelofa menyifatkan Swarovski sebagai jalinan kolaborasi yang sangat menyenangkan kerana semua diuruskan pihak berkenaan dan ini tahun kedua Neelofa menjalinkan kerjasama bersama Swarovski.
Neelofa ternyata gembira berada di sana kerana semuanya menarik perhatian.
Walaupun kunjungannya kali ini agak singkat, tetapi ia peluang bermakna. Inilah masa terbaik untuk dia beristirahat sebelum terbang ke New York bagi kursus musim panas.