Pertama Kali Shaa Top Three


Penyanyi Shaa yang muncul dengan single berjudul Pertama Kali tidak menyangka muzik video rasmi lagu itu berada di kedudukan ketiga carta ‘trending’ di laman YouTube Malaysia.

Shaa atau nama sebenarnya Juzratul Nisha Johari, 22, berkata, muzik video yang dilancarkan sejak 18 Ogos lalu itu mencatat lebih 300,000 tontonan.

"Walaupun lagu ini sudah empat bulan diperdengarkan, tetapi muzik video rasmi baru saja dilancarkan. Saya memang tidak sangka muzik video ini mendapat sambutan baik terutama ketika ramai penyanyi lain muncul dengan single dan muzik video baru.

"Mungkin juga peminat sudah lama menunggu muzik video ini membuatkan mereka teruja untuk menontonnya. Saya berharap jumlah tontonan terus bertambah," katanya.

Shaa yang bernaung di bawah syarikat rakaman Nova Music berharap muzik video ini boleh mencecah 1 juta tontonan dalam masa terdekat ini.


Shaa - Pertama Kali

“Pada mulanya saya sangat teruja nak tunggu ia dilancarkan, tetapi pada waktu sama saya sebenarnya malu nak tengok diri sendiri dalam video itu.

“Ini kerana saya seorang lasak dan jauh berbeza dengan apa yang ditonjolkan dalam muzik video ini. Apa pun saya berpuas hati dengan penghasilan muzik video ini," katanya.

Sementara itu, video lirik lagu ciptaan Shaa ini yang dimuat naik sejak empat bulan lalu sudah mencecah sembilan juta tontonan di YouTube.

Post a Comment

Previous Post Next Post