Konsert Hebat Sheila Majid Di Usia 52 Tahun


Penampilan Sheila Majid pada konsert solo pertamanya dalam skala besar selepas tempoh tujuh tahun.

Persembahan Datuk Sheila Majid dalam konsertnya di Stadium Negara di sini malam Sabtu berjaya mengimbas memori kejayaan acara serupa pada 26 tahun lalu.

Kali terakhir Sheila mengadakan konsertnya di Stadium Negara pada 1991 menerusi Konsert Legenda.


Persembahan mantap Sheila berjaya menghiburkan ribuan peminatnya.

Pada usia 52 tahun, Sheila dilihat masih hebat dan mampu mengekalkan momentumnya sebagai ratu jaz negara.

Konsert yang diberi nama 'Sheila Majid: The Concert Kuala Lumpur 2017' berjaya menarik minat orang ramai apabila 4,000 tiket berharga dari RM98 hingga RM888 habis dijual.

Persembahan bermula kira-kira pukul 9 malam dengan mempersembahkan kira-kira 40 buah lagu termasuk medley antaranya Pengemis Muda, Embun, Di Dalam Emosi Ini, Fikirkan Dulu, Tua Sebelum Waktu, Gerimis dan Kepergiaanmu.

Lagu-lagu lain ialah Di Suatu Persimpangan, Persis, Panorama, Ratu, Wanita, Ku mohon, Jentayu, Sinaran, Gemilang dan Kerinduan.

Penyanyi legenda ini mengenakan empat persalinan yang direka oleh Michael Ong.

Antara selebriti yang turut hadir memberi sokongan ialah Anuar Zain, Afgan, Afdlin Shauki, Datuk Seri Raja Shah Reza dan Rozita Che Wan.


Pada usia 52 tahun, Sheila berjaya memukau penonton dengan vokal yang mantap.

Sheila ketika bercakap kepada penonton berkata tidak mudah untuk dia memilih 40 buah lagu dalam konsert ini.

Konsert ini boleh disifatkan sebagai sebuah persembahan berjaya dan sekali lagi penyanyi legenda ini berjaya melakar sejarah tersendiri.

Post a Comment

Previous Post Next Post