Kim Woo Bin susut 10 kilogram berat badan akibat penyakit kanser yang pernah dialaminya.
Nama Kim Woo Bin pernah berada di puncak populariti setelah berlakon menerusi drama The Heirs (2013), bersama Lee Min Ho dan Park Shin Hye.
Setelah kejayaannya itu, aktor yang bermula sebagai model ini mendapat pelbagai tawaran filem, termasuk Twenty dan Criminal Designer sehingga namanya mula menjadi sebutan.
Terbaharu, dirinya disahkan terkena kanser.
Seperti yang dilaporkan Nate, Kim Woo Bin kini dalam rawatan dan dilaporkan usaha tersebut menampakkan hasil yang positif.
"Rawatan pertama Kim Woo Bin sudah berhasil. Kini dia sudah mula melakukan aktiviti seperti yang pernah dilakukannya sebelum ini," kata salah seorang sumber terdekat Kim Woo Bin.
Kim Woo Bin terlalu rindukan aktiviti berolahraga setelah selesai rawatan kansernya.
Antara yang dilakukan Kim Woo Bin sekarang adalah aktiviti berolahraga. Selama disahkan sakit, beliau berehat terus daripada aktiviti berkenaan.
"Jelas dia terlalu rindu untuk berolahraga. Dia melakukan itu setelah rawatan kansernya dilihat berhasil," tambah sumber itu lagi.
Agensi yang menguruskan Kim Woo Bin iaitu Sidus HQ jelas gembira dengan perkhabaran positif itu.
Kim Woo Bin telah selesai menjalani rawatan tahap pertama untuk penyakit kanser yang dialaminya.
Kesan daripada rawatan yang dijalani, Kim Woo Bin kehilangan berat badan sebanyak 10 kilogram.
Ketika ini, kekasihnya Shin Min Ah sedang berusaha mengembalikan penampilan teman lelakinya itu agar kembali berotot seperti sebelumnya.