Jurusolek Mansur Shaari, Saya Memang Melatah


Aksi jurusolek Mansur Shaari nampaknya berjaya menarik perhatian orang ramai sejak Khamis lalu apabila sebuah video menembak di lapang sasar tular telah dikongsi netizen yang tercuit hati dengan gelagat lucunya.

Mansur berkata, kelakuan itu bukanlah sengaja dibuat-buat sebaliknya disebabkan penyakit latah yang memang sudah lama dialaminya.

"Bukan buat-buat, saya memang melatah. Saya juga terkejut apabila dapat tahu video itu jadi viral sejak.

"Saya tak tahu siapa yang viralkan video itu kerana kami berkongsi dalam kalangan kami sahaja, tiada niat untuk viralkannya," ujar Mansur kepada mStar Online.

Mansur diminta mengulas tentang video jurusolek melatah ketika latihan menembak di lapangan sasar.

Dalam video itu dia kelihatan seperti nak pengsan setiap kali bunyi letupan pistol yang dilepaskan.

Mansur berpengalaman sebagai jurusolek produksi drama sejak 10 tahun lalu dan pernah mendandan beberapa pelakon popular seperti Ayda Jebat, Tasha Shilla, Anzalna Nasir dan Jihan Muse.



Tambahnya, perkara itu berlaku ketika dia bersama kru produksi berada di sebuah penggambaran drama Mr Delicious baru-baru ini.

Video tersebut dimuat naik beberapa rakan artis dan pengarah yang menganggap ia sebagai lucu.

Bagaimanapun, ada juga beberapa pihak yang kurang senang dan berpendapat jurusolek itu tidak berpakaian mengikut garis panduan di lapangan sasar.

Dalam pada itu pengarah drama berkenaan, Adlin Abidin berkata, pihaknya juga dihubungi oleh pemilik lapang sasar itu selepas visual berkenaan menjadi tular di media sosial.

"Mereka ada menghubungi kami selepas video itu tersebar dan ia sebenarnya memberi kesan buruk kepada pihak berkenaan. Kami sendiri tidak tahu ia salah dan tidak boleh dirakam kerana tiada siapa yang menegur.

"Tapi kami sudah maklumkan kepada rakan-rakan yang muat naik video itu agar memadamkannya. Tapi apabila sudah terlalu ramai yang kongsi, ia sudah tidak terkawal.

"Tentang tindakan Mansur yang tidak mengikut peraturan kerana tidak memakai pula kerana dia mengalami bengkak kaki akibat penyakit gout," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post