Joy Revfa, Saya jawab demi maruah


Joy Revfa menegaskan tindakannya membalas kenyataan suaminya, Hafiz Hamidun, di media sosial semata-mata bertujuan melindungi maruah diri.

Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, terkilan apabila penyanyi didakwa sengaja menjaja cerita peribadi berkaitan hal suami isteri yang dianggap mengaibkan.

"Selama ini, saya berdiam diri dan bersabar kerana ingin menjaga statusnya sebagai 'ustaz penyanyi', tetapi apabila diberitahu dia (Hafiz) menjaja cerita dalam kelambu, tiba masanya saya bersuara.

"Dia menghebahkan cerita tidak pernah 'menyentuh' isteri dari malam pertama hingga sekarang kepada orang luar. Sudah tentu keluarga meminta saya bertindak mempertahankan maruah diri.

"Saya tidak akan bersuara jika bukan dia yang memulakannya. Apa niat dia memutar belit cerita dan membuka aib tidak pernah menyentuh saya? Kenapa harus memberitahu seluruh alam mengenai perkara itu?" katanya kepada BH Online.

Usahawan kosmetik itu mendakwa tidak mengetahui sebarang konspirasi mahu pun agenda di sebalik segala tindakan penyanyi terbabit.


Joy Revfa bersuara mengenai perihal rumah tangga demi mempertahankan maruah diri.

Tambah Joy, luahan yang dikongsi menerusi laman sosial Facebook miliknya dinyatakan secara umum dan tidak ditujukan kepada sesiapa.


Joy diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

"Saya menulis Nukilan Hati di Facebook secara umum, yang sebenarnya bukan ditujukan kepada sesiapa pun. Jadi, kenapa dia yang terasa?

"Tidak mengapa, mungkin dia fikir dirinya lebih berkuasa, tetapi ingat Allah lebih berkuasa daripadanya. Semoga Allah mendengar doa seorang wanita teraniaya," katanya lagi.

Joy yang mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu diijabkabulkan dengan Hafiz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam, pada 1 Mei lalu.

Post a Comment

Previous Post Next Post