Jaclyn Victor Simpan Rahsia 9 Bulan


Jaclyn Victor selamat melahirkan bayi keduanya pada 24 Ogos lalu.

Penyanyi terkenal Jaclyn Victor mengejutkan peminat setianya apabila mendedahkan dia baharu sahaja melahirkan anak keduanya, seminggu lalu.

Jaclyn menerusi perkongsian di Instagram memberitahu dia bersalin pada 24 Ogos lalu iaitu pada tarikh sama dia melahirkan anak pertamanya, Jonah Joshiah Rivera dua tahun lalu.

Pelantun lagu Gemilang itu turut mendedahkan jantina bayinya itu perempuan apabila merujuk anaknya itu sebagai 'mini me'.

Berita itu mengejutkan peminatnya kerana Jaclyn pada malam Rabu tampil mengadakan persembahan bersama Vince Chong pada majlis penutup Sukan SEA 2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil menerusi lagu Together We Rise.


"Mungkin anda tidak percaya tetapi saya baru sahaja melahirkan anak minggu lalu, genap seminggu lalu pada hari ini (Khamis)," tulisnya.

Dalam pada itu, Jaclyn turut memuat naik gambar anaknya itu selain foto dia menyambut hari jadi Jonah di hospital selain swafoto dirinya yang sedang berehat di katil.

"Mereka dilahirkan pada tarikh yang sama, 24 Ogos tetapi beza dua tahun. Mereka kelihatan seperti kembar," tulisnya.

Sementara itu, Jaclyn juga turut memuat naik gambarnya yang sarat hamil dan menurutnya ia adalah sebagai bukti dia sedang mengandung.

"Senaman terkahir sebelum saya bersalin dan gambar ini adalah untuk membuktikan saya memang mengandung... hahaha.

"Ye la kita tidak buat pengumuman kan?," tulisnya.

Jac, 38, berkahwin dengan bintang R&B Amerika Syarikat, Shawn Rivera, 43, pada 19 Julai 2014 di The First Unitarian Church of Philadelphia yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

[Other Promo]

Post a Comment

Previous Post Next Post