Beyonce gigih kuruskan badan


Artis popular Hollywood, Beyonce dilaporkan gigih untuk kembali mendapatkan berat badan ideal sebaik melahirkan anak kembarnya, Rumi dan Sir Carter pada Jun lepas.

Portal E! News melaporkan, Beyonce dilihat bekerja keras di gimnasium sambil ditemani suami, Jay-Z dan rakan baiknya, Kelly Rowland.

Sebelum ini, berat badan pelantun lagu Hold Up itu dilaporkan naik mendadak selepas melahirkan anak.

“Mereka dilihat bersungguh-sungguh menjalani latihan di gimnasium sehingga berpeluh-peluh dibuatnya. Mood mereka juga dilihat cukup baik meskipun kepenatan,” ujar satu sumber kepada portal berkenaan.

Post a Comment

Previous Post Next Post