Ayda Jebat pasang strategi


Sejak muncul dengan single keempat berjudul Mata awal Jun lalu, Ayda Jebat kekal konsisten sebagai antara penyanyi yang aktif melancarkan single baru.

Mata adalah nukilan Audi Mok, Shazee Ishak dan Ayda sendiri.

Meski ada yang pesimis terhadap bintang kelahiran Merlimau, Melaka ini yang melancarkan single baru dalam genre berbeza, Ayda menganggap Mata dianggap terbaik setakat ini.

Jelas Ayda, dia sudah lama mahu menyanyikan genre berbeza tetapi hasrat itu terpaksa dipendam bagi menimba lebih pengalaman dalam skil nyanyian.

“Sekaranglah masa tepat lancarkan Mata. Kiranya ini adalah satu sisi matang saya dalam nyanyian. Jika sebelum ni peminat dah dengar lagu pop catchy seperti Siapa Diriku, Pencuri Hati dan Nakal Nakal Nakal, kali ini berilah saya ruang untuk explore sesuatu yang baru dalam muzik,” katanya.

Justeru, terang Ayda, lagu seperti Mata agak jarang didengar tetapi penyanyi ini mahu memberi kelainan sementelah dia juga meminati genre muzik sedemikian.

“Alhamdulillah, banyak maklum balas yang baik. Misalnya di YouTube, banyak komen positif walau baru tiga minggu dimuat naik. Video lirik untuk Mata sudah pun ditonton lebih 900,000 kali. Maknanya, peminat boleh terima,” terangnya ketika ditemui Media Hiburan sejurus pelancaran portal Tonton di Brunei Darussalam baru-baru ini.

Tak tidur malam demi Mata

Demi memastikan yang terbaik, dia bersama rakan produksi gigih memikirkan idea demi peminat.

Ayda mahu membuka minda peminatnya supaya menerima sesuatu yang baru walaupun mengakui tidak mudah kerana mereka mungkin sudah serasi dengan muzik catchy.

“Memang tak tidur malam dibuatnya sebab mahu hadiahkan sesuatu yang the best, untuk peminat,” jelas Ayda yang sibuk di lokasi drama bersiri, Dekatkan Jarak Kita di samping aktor Syafiq Kyle di slot Samarinda, TV3 tidak lama lagi.

Dalam kesibukannya, Ayda turut menjalani penggambaran muzik video Mata dan dia sendiri tidak kisah jika terpaksa melakukan banyak kerja dalam satu masa.

Selebriti berusia 25 tahun ini bakal terbang ke Australia untuk penggambaran rancangan terbitan Astro, dan juga membabitkan beberapa individu yang rapat dengannya.


Ayda Jebat - Mata

Jaga hubungan

Sementara itu, keserasian Ayda dan Redza Rosli menerusi drama Kukirim Cinta, membawa kepada ikatan kemesraan antara keduanya.

Meski tidak mengia atau menidakkan ada hubungan istimewa, namun mereka hanya mahu beri tumpuan kepada kerjaya seni.

“Kami mahu terus menjaga hubungan ini. Kalau ada masalah, boleh bincang. Kami faham bila asyik bersama, ada yang suka dan sebaliknya. Pasti akan ada hatters dan fans.

"Biar apa saja yang orang anggap, saya harap situasi ini tidak menjejaskan kerjaya kami. Sebab bukan mudah berada pada tahap sekarang.

“Saya tidak mahu disebabkan cerita yang bukan-bukan, akan merosakkan kerjaya dan kepercayaan peminat. Baik kami fokus pada kerja kerana masing-masing ada komitmen sendiri,” akhiri Ayda.

Post a Comment

Previous Post Next Post