Mus May masih koma


PENYANYI kumpulan May, Mus, 49, yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam akibat demam panas masih dalam keadaan koma.

Isterinya, Suraya Bahari berkata, Mus diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor bagi membolehkannya berehat.

"Semalam doktor melakukan ujian imbasan otak terhadap Mus dan mengesahkan keadaannya normal.

"Malah jantungnya juga berada dalam keadaan stabil," katanya.

Menurutnya, selepas ini doktor juga akan membuat ujian MRI (Magnetic Resonance Imaging) bagi mengenal pasti punca penyakit Mus.

"Doktor akan memaklumkan perkembangan kesihatan Mus dari masa ke semasa," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post