Izara Aishah dilamar, nikah November depan


ALHAMDULILLAH, demikian tulis penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin di atas kelangsungan majlis melamar pelakon Izara Aishah untuk anak tirinya, Adib Khalid petang tadi.

Menurut laporan MH Online, majlis yang berlangsung petang tadi hanya majlis merisik dan pasangan itu tidak mengikat tali pertunangan.


Menurut Ashraf Khalid iaitu adik kepada Adib, majlis pernikahan pula akan berlangsung pada bulan November akan datang.


Terdahulu, menerusi sebuah laman portal hiburan, Adib telah mengesahkan bahawa dia dan Izara bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini namun tarikh dan butiran majlis perkahwinan belum sedia untuk dikongsikan.

Adib merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.

Post a Comment

Previous Post Next Post