Najwa Latif Menyanyi sekadar hobi


MENCARI populariti bukanlah tujuan utama penyanyi Najwa Latif menceburi dunia seni suara sejak hampir enam tahun lalu.

Bintang kelahiran YouTube ini meletakkan pelajaran sebagai fokus utama dalam hidupnya.

Najwa yang bercita-cita menjadi pensyarah memberiahu Media Hiburan menyanyi hanya sekadar hobi yang menjadi sumber pendapatan secara tidak sengaja

Justeru, demi mengejar cita-citanya itu, graduan dari Universiti Antarabangsa Tun Abdul Razak (Unitar) ini bercadang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana.

“Saya baru tamat belajar dalam jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) April lalu dan buat masa ini saya berehat sekejap daripada belajar untuk memberi fokus dalam bidang nyanyian.

“Insya-ALLAH, saya akan kembali sambung belajar pada September nanti,” katanya yang kini sedang rancak menyiapkan album terbaru yang dijangka dilancarkan akhir tahun ini.

Najwa juga memberitahu, dia tidak kisah jika peminat hiburan tidak ingat namanya tetapi masih menerima lagunya.

Menariknya, album kedua Najwa akan menampilkan 10 lagu selain memperlihatkan kolaborasinya bersama kakak, Ika Latif.

"Ada tujuh lagu ciptaan saya bersama kakak dan dua lagu dari komposer lain. Kali ini, ada lagu berbahasa Inggeris dan Mandarin. Lagu Mandarin tu sebenarnya lagu Lee Hom dan saya rakamkan semula.

Kata Najwa, dia menerima respons positif untuk membawa lagu itu dan pada masa sama penyanyi ini sedang giat mempromosikan single terbarunya, Kamu.

Post a Comment

Previous Post Next Post