Hairul Azreen, Rezeki Yusuf Iskandar


Hairul, Hanis dan anak mereka.

SAMBUTAN Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza buat pasangan selebriti, Hairul Azreen Idris, Hanis Zalikha Zainal Rashid, dan anak comel mereka, Yusuf Iskandar, 1.

Jika kebiasaannya mereka menempah dan membeli baju sempena Aidilfitri, tetapi tahun ini, tiga beranak ini bergaya dengan koleksi menarik dari gedung Jakel.

Menurut Hairul, kehadiran Aidilfitri tahun ini disambut meriah apabila dia berpeluang bergaya dengan kurta Jakel manakala Hanis pula memakai baju kurung dan Yusuf comel dalam koleksi kurta untuk kanak-kanak lelaki.


"Saya lebih selesa memilih koleksi kurta kerana mahukan sesuatu yang simple dan selesa di pakai, lebih-lebih lagi perlu menjaga Yusuf yang masih kecil.

"Sekarang pun orang sudah beralih untuk menggayakan kurta pada hari raya. Lagipun lebih fleksibel dan mudah digayakan," katanya.

Hairul berkata, sejak kehadiran Yusuf, rezeki keluarga mereka bertambah murah.

"Saya anggap ini adalah rezeki kami sekeluarga. Apa yang boleh saya kata, rezeki saya memang murah selepas berkahwin dan bila ada anak, lagi bertambah murah.

"Jadi tahun ini, kami tak perlu pening mengenai baju raya dan kami gayakan koleksi dari Jakel sahaja," katanya.

Ditanya mengenai sambutan raya, Hairul berkata, dia masih lagi tergolong dalam kategori mereka yang mengikut tradisi.

"Ada orang suka pergi bercuti sehingga ke luar negara ketika hari raya, tapi saya lebih suka menziarahi sanak saudara.
"Sementara keluarga masih ada inilah kita perlu menghargai mereka, ziarah menziarahi.

"Lagipun tahun ini, Hanis dan Yusuf dapatlah keluar beraya kerana tahun lalu, Hanis masih lagi berpantang dan Yusuf masih terlalu kecil ketika lebaran," ujarnya.

Post a Comment

Previous Post Next Post