Sufian Suhaimi Mula Panggil Ibu Elfira Mama


Gaya sedondon Sufian Suhaimi dan Elfira Loy ketika menaiki helikopter di sekitar Kuala Lumpur pada Rabu.

Jeng... jeng... gosip hubungan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy kembali hangat selepas kejutan dibuat Elfira dengan mengajak pemuda itu menaiki helikopter sempena ulang tahun hari jadinya.

Selepas peristiwa romantik itu menjadi bualan netizen, nampaknya kehadiran Sufian mula diterima baik keluarga Elfira apabila Sufian mula memanggil ibu Elfira dengan panggilan mama.

Mungkin selepas ini akan masuk ke fasa seterusnya apabila Sufian memanggil Elfira dengan nama sayang pula... manalah tahu kan?

Mengulas perkara itu kata penyanyi lagu Terakhir ini, dia biasanya akan memanggil ibu Elfira dengan panggilan aunty dan ada kalanya tersasul apabila menyapa ibu Elfira iaitu Filzah Yusoff dengan panggilan "mama".

"Mama Elfira selesa dengan saya. Kadang-kadang saya panggil aunty dan ada kalanya saya terpanggil mama," katanya kepada mStar Online.

osial masing-masing.

Terbaharu pada Rabu, Elfira membuat kejutan dengan mengajak Sufian menaiki helikopter sempena meraikan hari ulang tahun kelahiranya yang ke-25 di The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan.

Lebih istimewa apabila ibu Elfira sendiri terlibat menyiapkan dekorasi majlis meraikan Sufian yang turut dihadiri kenalan rapat penyanyi itu.

Sementara itu bercerita mengenai status hubungan mereka, Sufian berkata pada masa ini Elfira merupakan wanita paling rapat dalam hidupnya.

apat dengan saya pada masa ini.

"Selain itu memandangkan keluarga saya jauh di johor, hubungan baik tersebut bukan sahaja terhadap Elfira tapi juga dengan ibu dan adik-beradik dia.

"Saya rasa seperti ada keluarga kedua di sini," katanya.

Ditanya sama ada dia tertekan dengan gosip berkenaan, Sufian berkata dia melihat ia sebagai perkembangan positif dalam mengukuhkan hubungannya dengan Elfira.

"Gosip ini merapatkan kami kerana setiap hari orang bercakap mengenainya.

"Daripada tak ada kawan, sekarang saya sudah ada kawan yang baik seperti Elfira," katanya.

Apa-apa pun perkara yang baik kita doakan sahaja. Kalau ada jodoh tak ke mana.

Post a Comment

Previous Post Next Post