Satu Sebab Faye Kusairi Rancang Hamil


Faye Kusairi akui dia kini lebih selesa bersifat low profile.

SEJAK kisah pernikahan dalam satu majlis tertutup antara pelakon Faye Kusairi dan Azmi Hatta menjadi bualan hangat, agak jarang kedengaran khabar terbaharu mengenai pelakon kelahiran Miri, Sarawak ini.

Faye ketika dihubungi memberitahu, sejak bergelar isteri kepada pengarah drama berkenaan, dia lebih senang bersikap low profile daripada sebarang publisiti.

Malah di satu sisi, dia dilihat agak terbuka berbicara soal perancangan memiliki cahaya mata.

"Alhamdulillah, kehidupan semuanya baik-baik saja. Soal cahaya mata, apa yang boleh saya katakan kami masih merancang ke arah itu, mungkin tahun depan!

"Ini kerana salah seorang anak abang (panggilan kepada suami) iaitu Aqif akan menghadapi peperiksaan penting tahun ini. Justeru saya mahu dia memberi tumpuan kepada pelajaran Aqif terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online.

Pun begitu kata Faye, dia dan suami tidak pula menolak seandainya rezeki anak hadir lebih awal dari apa yang dirancang kerana percaya pada ketentuan Allah.

wan Adnil Awang Kusairi, 30, berkata, dia kini semakin teruja untuk ke dapur mencuba menu-menu baru untuk suami dan keluarga.

"Sejak bujang saya memang seorang yang suka memasak dan bila dah bersuami, keterujaan untuk ke dapur semakin membuak-buak apalagi dah nak puasa ni kan...

"Tapi itulah, abang pula seorang yang tidak cerewet soal makan dan kalau boleh hari-hari dia mahukan sambal kentang je dan kita yang masak ni pun rasa bosan juga dengan yang sama," kata ikon jenama fesyen Asha Karim Collection manja.

Dalam perkembangan lain, kata pelakon 7 Hari Mencintaimu ini lagi, menjelang bulan Ramdan yang bakal disambut umat Islam Sabtu depan, jadualnya sudah padat dengan beberapa aktiviti promosi.

"Hari pertama Ramadan sehingga 29 Mei depan, saya sudah berada di Brunei untuk memprmosikan jenama Asha Karim Collection dan akan menyambung promosi tersebut di Shah Alam.

Selain itu katanya, tiga buah drama lakonannya juga akan disiarkan Ramadan ini iaitu drama komedi 20 episod Isteri-isteri Ayah (TV3), Inspirasi Ramadan (episod: Isteri Office Hour) dan Setia Menunggumu (Hypp TV - Salam HD).

Post a Comment

Previous Post Next Post