Erra Fazira Enggan Lagi Memikirkan Soal Cinta


Erra Fazira lebih senang memberi fokus kepada diri sendiri selain keluarga dan karier seninya.

Pelakon dan penyanyi Erra Fazira enggan lagi memikirkan secara serius tentang perkahwinan sebaliknya dia meletakkan perkara itu kepada ketentuan Allah.

Jelasnya, pada tahap sekarang dia ingin memberi fokus kepada perkara lain termasuk kerjayanya selain gembira dengan kehidupan ketika ini.

"Hendak harapkan jodoh itu datang bergolek, entah bila? Jadi saya mengambil keputusan untuk 'go with the flow' sahaja tentang cinta.

"Rasanya lebih baik saya fokus kepada benda lain seperti kerjaya saya. Soal ini saya tidak mahu lagi fikir, jika ada jodoh saya pasti ada jalannya," katanya.

ngi oleh keluarga, anak dan rakan-rakan dalam hidupnya.

"Pada saya itu fitrah bagi sesiapa pun untuk mempunyai pasangan hidup tetapi soal jodoh ia bukan urusan kita.

"Saya sendiri pernah rasa inginkan teman hidup tetapi fasa itu sudah berlalu kerana saya ada fokus lain dalam hidup termasuk keluarga, anak dan rakan-rakan.

Erra ditemui pada sidang media pelancaran produk Triple White yang diadakan di Hotel Park Royal di sini, Rabu.

a dan saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Erra berkata, dia bakal menjalani penggambaran sebuah drama bersiri arahan Aziz M. Osman selain terlibat dalam filem Polis Evo 2 yang dijangka selepas sambutan Aidilfitri.

Post a Comment

Previous Post Next Post