Buku Kontroversi Fattah Amin Terima Anugerah Buku Negara 2017


Buku tulisan Fattah Amin iaitu 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin dijual pada harga RM50.

Buku 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang menimbulkan kontroversi sebelum ini akhirnya berjaya meraih kategori Buku Popular di Anugerah Buku Negara 2017.

Penulis buku itu Fattah, berkata, dia tidak menjangkakan buku yang menerima pelbagai kritikan itu diiktiraf sebagai paling popular pada anugerah berkenaan.

"Saya tidak mengjangkakan buku pertama saya menerima penganugerahan pada malam ini.

"Alhamdulllah, sejak dikeluarkan ia sudah terjual 5,000 naskhah. Biarpun menerima banyak kecaman, bagi saya ia satu publisiti yang telah mempopularkan buku ini," ujarnya kepada mStar Online.

Buku Pertama Dikritik Hebat, Fattah Amin Anggap Ia Satu Dugaan

Fattah, 27, diminta mengulas buku berjudul 99 Kata-Kata #QalifModen Fattah Amin yang dianugerahkan trofi Buku Popular pada Anugerah Buku Negara 2017 yang diadakan di Hotel Sri Pacific, di sini, malam Selasa.

mberi pengiktirafan kepada penulis-penulis buku.

Tambahnya, dia juga bakal menerbitkan buku tersebut dalam versi bahasa Inggeris tidak lama lagi.

Salah satu petikan daripada buku tersebut yang berbunyi: "Aku dulu selalu berangan nak gi KLCC nak bawak kereta aku sendiri dan parking Valet. Ternyata kini telah termakbul hahh.... kelakar kan" telah dipersendakan sehingga menjadi tular di laman sosial.

Sementara itu, Fattah berkata, dalam perkembangan yang sama, dia baharu sahaja melancarkan novel Wanita Terakhir pada Sabtu lalu.

Novel hasil tulisan novelis terkenal Ezza Mysara itu merupakan hasil terjemahan Fattah berdasarkan lagu dengan judul yang sama.

"Ini adalah kali kedua saya bekerjasama dengan syarikat Idea Kreatif, ia sudah pun habis dijual pada pesta buku di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan akan diulang cetak.

"Buku itu bukan saya yang tulis tapi ia berdasarkan lagu saya Wanita Terakhir," katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post