Sufian Suhaimi, Saya tak lupa diri


Sufian Suhaimi menafikan dakwaan lupa diri dan meletakkan harga tinggi sejak single berjudul Terakhir popular.

Penyanyi berusia 25 tahun itu menegaskan ada yang salah faham selepas berlaku satu insiden baru-baru ini.

"Saya tidak pernah lupa diri seperti yang diperkatakan. Soal 'demand' harga semuanya adalah di bawah pengurusan dan saya hanya menurut saja berapa yang mereka tetapkan.

"Saya percaya pengurusan tahu apa yang terbaik untuk saya. Malah tidak timbul isu saya menolak tawaran lain pada saat akhir demi mendapatkan tawaran persembahan yang lebih lumayan bayarannya," katanya.

Mengulas dirinya yang dikatakan memutuskan hubungan cinta kerana seorang artis wanita, Sufian berkata perkara itu tidak pernah berlaku.

"Saya sudah putus dengan kekasih hujung tahun lalu. Hubungan kami hanya mampu bertahan tiga tahun dan mungkin sudah tertulis tiada jodoh tetapi perpisahan ini bukan kerana orang lain," katanya.

Menurut Sufian, ramai yang lebih suka membuat andaian sendiri mengenai hubungan cintanya sebelum ini daripada bertanya kepadanya sendiri.

“Mereka hanya dengar daripada mulut orang dan terus percaya tanpa menyelidik sejauh mana kebenaran cerita itu.

“Apapun, saya tak marah atau melatah kerana perkara sebegini sudah jadi asam garam anak seni,” katanya.

Post a Comment

Previous Post Next Post