
Harith Iskander bersama isteri.
TAHNIAH diucapkan buat pelawak terkenal, Harith Iskander, yang berjaya merebut gelaran individu paling lucu dalam pertandingan Laugh Factory Funiest Person in The World (LFF-PITW) di Finland, Sabtu lalu.
Sambil merakamkan ucapan terima kasih buat semua pihak yang tidak putus-putus menghulur doa dan sokongan buatnya hingga berjaya melakar sejarah tersendiri, Harith turut memberitahu, dia bebangga kerana dapat memberikan sesuatu yang bermakna buat Malaysia.
"Siapa sangka, selepas 26 tahun dalam dunia komedi, saya akhirnya berjaya menghadiahkan kemenangan ini buat negara.
"Tiada apa yang lebih bermakna buat ketika ini selain merangkul gelaran individu paling lucu.
"Ia bukan untuk saya semata-mata, tetapi ini adalah kemenangan untuk kita, rakyat Malaysia.
Beliau berkata demikian sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas lebih 18 jam penerbangan dari Finland.