NAIB juara program Akademi Fantasia musim kelapan itu berhasrat untuk bersalin di kampung halamannya di Kundasang, Sabah.
Penyanyi, Adira Suhaimi yang kini hamil lima bulan, berhasrat untuk melahirkan cahaya mata pertama dan berpantang di kampungnya di Kundasang, Sabah.
Beliau yang dijangka bersalin Mac tahun depan memaklumkan keadaan kesihatan ibunya tidak menentu, sekali gus menjadi faktor kurang mengizinkan bagi insan tersayangnya itu 'terbang' ke Kuala Lumpur bagi menemaninya sepanjang menjalani proses berpantang.
"Mengikut perancangan, saya berhasrat untuk bersalin dan berpantang di kampung kerana ibu kurang sihat. Biasalah sakit tua, keadaan kesihatan ibu perlukan pemantauan.
"Walaupun ibu sekadar menjadi peneman, nasihat dan petuanya masih saya perlukan. Pada masa sama apabila di kampung tidaklah nanti saya risau akan kesihatannya disebabkan ibu ada di depan mata.
"Namun semuanya masih berada dalam perbincangan dengan suami. Ada lagi empat bulan untuk dipertimbangkan. Jika tiada aral melintang, saya berharap segala yang dirancang akan berjalan dengan lancar.
"Alhamdulillah, saya tidak mengalami alahan teruk cuma kerap lapar pada waktu malam. Malah, saya juga lebih menggemari makanan yang dimasak di rumah berbanding ke restoran," katanya pemilik nama sebenar Siti Adira Suhaimi, 25, itu.
Pelantun lagu Ombak Rindu itu juga menyatakan masih lagi menerima undangan persembahan pentas hingga kandungannya berusia tujuh bulan iaitu pada Januari tahun hadapan.
PENYANYI kelahiran Sabah, Adira Suhaimi dijangka bersalin pada Mac tahun depan.
Adira yang juga naib juara program Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), berkahwin dengan ahli perniagaan, Datuk Sri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.
Dalam perkembangan lain, Adira memberikan fokus untuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Ku Mahu Pulang yang juga lagu tema untuk telefilem Inayah.
Nama: __ Hendi Zikri Didi
ReplyDeleteBandar: _______________ Melaka
pekerjaan: _ Pemilik perniagaan
Sebarang notis: ____ hendidi01@gmail.com
Halo semua, sila berhati-hati tentang mendapatkan pinjaman di sini, saya telah bertemu dengan banyak peminjam palsu di internet, saya telah menipu saya hampir menyerah, sehingga saya bertemu seorang rakan yang baru saja memohon pinjaman dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan, jadi dia memperkenalkan saya kepada legitamate AASIMAHA ADILA AHMED LOIR FIRM, saya memohon Rm1.3 juta. Saya mempunyai pinjaman saya kurang dari 2 jam hanya 1% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada mendapatkan hutang miskin. jadi saya nasihat semua orang di sini memerlukan pinjaman untuk menghubungi AASIMAHA dan saya memberi jaminan bahawa anda akan mendapat pinjaman anda.
Pusat Aplikasi / Hubungi
E-mail: ._________ aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
WhatsApp ____________________ + 447723553516
Puan Christy Walton menyediakan pinjaman kepada syarikat dan individu dengan kadar faedah yang rendah dan munasabah sebanyak 2%. E-mel kepada:(christywalton355@gmail.com)
ReplyDelete