Tak Jangka Terkeluar, Rem Redha


Bintang GegarVaganza 3 (GV 3), Rem tidak menjangkakan dirinya akan terkeluar di minggu ketiga GV 3.

Bertemakan Ada Bran, Rem menyampaikan lagu Penawar Rindu nyanyian Datin Orchid Abdullah.

"Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku," kata Rem kepada Astro Gempak.

Meskipun tersingkir, Rem berbangga dengan dirinya kerana berjaya menyempurnakan tugasan minggu ketiga dengan sempurna.

"Saya seorang penyanyi pop yang mempunyai suara serak dan kasar. Lagu Penawar Rindu seharusnya dilembutkan lenggoknya. Namun begitu, suara saya memang begitu.

"Saya bangga dengan apa yang saya persembahkan malam ini. Saya sudah buat yang terbaik dan tidak salah untuk saya mencuba," katanya.

Dalam perkembangan terbaru, Rem bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.

"Insya-Allah, selepas ini saya akan muncul dengan single terbaru. Saya sudah merakamkan lagu tersebut sebelum menyertai GV 3 lagi. Lagu berjudul Sinar Kasih itu merupakan ciptaan oleh Anwar Razak dan liriknya merupakan hasil karya saya," katanya lagi.

GV 3 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA pada setiap Ahad, pukul 9 malam serta boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Post a Comment

Previous Post Next Post