SonaOne sertai The Ultimate BROcation


SONAONE, penyanyi rap dan pemenang anugerah berbakat besar dari Malaysia, tiba di Hong Kong baru-baru ini, bagi penggambaran The Ultimate BROcation, siri realiti televisyen terbaru saluran TV aksi hiburan KIX HD (Saluran Astro 729).

The Ultimate BROcation akan memaparkan aksi lucu dan keriuhan SonaOne atau nama sebenarnya Mikael Adam Lozach dan tiga selebriti lelaki Asia lain sepanjang di Hong Kong sebagai destinasi percutian yang menyeronokkan bagi kaum lelaki.

Siri realiti lima episod ini dipenuhi dengan parti, aktiviti menyeronokkan, hidangan lazat, gajet hebat dan persahabatan empat sekawan.

Keempat-empat selebriti ini bermula sebagai orang asing, tetapi mereka bakal menjadi sahabat baik setelah mengikuti percutian brocation bersama.

Turut menyertai mereka pelakon kung-fu terkenal dari Hong Kong, Philip Ng, yang bakal membuat penampilan istimewa.

Bintang filem aksi epik Once Upon A Time In Shanghai ini, akan memperkenalkan bandarnya dan sebagai penasihat mereka sepanjang percutian ini.

SonaOne yang juga artis grafiti, penulis lagu dan penerbit memberitahu, tidak akan melepaskan peluang menimba pengalaman bertemu rakan baharu dan melawat tempat menarik di Hong Kong sepanjang di sana.

"Saya teruja untuk bercuti bersama rakan-rakan baru; pastinya kami mempelajari banyak perkara daripada satu sama lain. Saya ingin mengetahui tentang makanan daripada Bjorn atau belajar bahasa Thai dengan PK," kata SonaOne.

The Ultimate BROcation diterbitkan syarikat induk KIX HD, Celestial Tiger Entertainment - pengendali saluran pan-Asia.

Post a Comment

Previous Post Next Post