Hrithik Roshan pernah alami kemurungan


Selepas Deepika Padukone dan Karan Johar mendedahkan mengalami kemurungan teruk, kini giliran aktor Hrithik Roshan pula mengakui mempunyai masalah sama.

Menurut laporan Pinkvilla, Hrithik berkata beliau pernah mengalami kemurungan selama beberapa tahun dan dirinya percaya masalah itu turut dilalui ramai insan lain.

"Semua orang mempunyai fasa hidup turun dan naik.

Apabila masalah yang dihadapi belum jernih dan kita pula terlalu memikirkannya, ia boleh 'merasuk' fikiran sehingga emosi menjadi tidak stabil.

"Cuma saya pelik, tidak ramai yang membicarakan masalah ini secara terbuka, sedangkan ia penyakit biasa yang dilalui semua orang," katanya.

Tambah Hrithik, sudah tiba masanya masyarakat bersikap terbuka mengenai masalah depresi yang teruk.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, sekiranya masyarakat terbuka dengan masalah berkenaan, ia mungkin dapat ditangani dengan lebih baik.

Post a Comment

Previous Post Next Post