Enot nafi bermusuh dengan Didie Alias


Pelakon, Enot kesal masih ada pihak menganggap dia bermusuh dengan rakan baiknya, Didie Alias.

Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 38, pelik tanggapan begitu masih ada sedangkan dia dan Didie akrab seperti dulu.

"Bagi saya, Didie bukan sekadar kawan. Saya sudah anggap macam kakak sendiri. Sebab itu, apabila bergaduh teruk sekalipun, kami tetap berbaik semula.

"Tidak mungkin kami putus hubungan kerana Didie adalah kawan saya sampai mati. Susah senang, dia tetap bersama saya, begitu juga sebaliknya," katanya kepada BH Online.

Tambah Enot, walaupun sibuk menguruskan perniagaan makanan hingga sukar berjumpa, dia dan Didie saling memahami.

Enot tidak menyangkal kemungkinan jarang kelihatan bersama, dia dan Didie dikatakan bermusuhan.

"Biasalah, jika saya sibuk mengendalikan perniagaan, Didie pula terikat dengan komitmen lakonan dan pengacaraan. Didie juga ada perniagaan yang perlu diuruskan.

"Kekangan masa menyukarkan kami. Namun, kami tetap bertanya khabar. Tetap orang tidak faham, mereka ingat kami gaduh pula," katanya.

Enot kini mengusahakan perniagaan sambal bilis petai cili api, lasagna daging, biskut, kek dan juadah lain di kompleks kerajaan di Putrajaya pada waktu tengah hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post