Bang Yong Guk hidap penyakit panik


Ketua kumpulan B.A.P, Bang Yong Guk dilaporkan menghidap penyakit panik dan tidak akan menyertai program promosi album terbaru mereka.

Tampil dengan berita mengejutkan, TS Entertainment sendiri mengesahkan perkara itu apabila kumpulan berkenaan sepatutnya dalam rangka membuat ‘comeback’ menerusi album terbaru berjudul Noir.

“Bang Yong Guk disahkan menghidap penyakit berkenaan selepas datang berjumpa doktor baru-baru ini. Selepas perbincangan menyeluruh bersamanya dan anggota lain, kami meletakkan kesihatannya lebih penting berbanding promosi itu,” kata agensi berkenaan.

Bagaimanapun, anggota lain akan meneruskan rangka promosi berkenaan sementara Bang Yong Guk dihantar menjalani rawatan profesional untuk proses pemulihan.

Post a Comment

Previous Post Next Post