Anggota De Fam tiada masalah Azira berlakon


Bakat baharu, Azira Shafinaz, 25, mengakui tidak mudah untuk beliau membahagikan masa antara bidang nyanyian dan lakonan.

Anggota kumpulan De Fam itu menjelaskan, dirinya memang bergelut dengan kepadatan jadual kerja dan berdepan kesukaran untuk mengimbangi antara dua bidang yang dicintainya itu.

"Sejujurnya saya penat kerana bukan mudah untuk mengimbangi kedua-duanya sekali gus.

De Fam masih lagi menjadi keutamaan dan saya hanya menerima tawaran berlakon sekiranya tiada undangan persembahan.

"Pembabitan saya dalam bidang lakonan pula tidak menjadi isu buat anggota yang lain kerana masing-masing turut berkecimpung dalam bidang sama," katanya kepada BH Online.

Selain Azira, kumpulan De Fam turut dianggotai oleh Sophiana dan Manggis.

Mereka, yang memulakan langkah di bidang seni dengan memuat naik video di YouTube, mencipta nama menerusi lagu Super Girls.

Berkongsi mengenai petuanya dalam penjagaan diri, Azira memastikan tenaga mencukupi bagi menjalani rutin padat dengan senaman dan perapian wajah yang bersesuaian.

"Saya mendisiplinkan diri untuk ke gimnasium bersama anggota De Fam lain.

Bukan apa, jika tubuh bertenaga, nanti senang jatuh sakit pula.

Stamina juga penting untuk menjalani rutin harian yang sibuk.


Azira memastikan tenaga mencukupi bagi menjalani rutin padat dengan senaman dan perapian wajah yang bersesuaian.

"Walau sibuk sekalipun, saya akan berkunjung ke klinik kosmetik seperti Idealyst, sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk memanjakan diri dan wajah.

"Sebelum bergelar artis lagi saya adalah antara pelanggan tetap Idealyst kerana pernah menghadapi masalah jerawat ketika belajar dulu.

Keserasian itu membuatkan saya terus berkunjung ke klinik terbabit," kata Azira.



Post a Comment

Previous Post Next Post