Ajai nafi restoran gulung tikar


Penyanyi dan komposer terkenal Ajai menafikan dakwaan mengatakan restoran miliknya yang beroperasi di Pulau Pinang sudah ditutup berikutan masalah kewangan.

Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, bagaimanapun tidak menafikan dia berdepan masalah lain seperti kekurangan tenaga kerja dan kerap bertukar pengurus restoran.

"Restoran itu memang pernah ditutup selama sebulan iaitu sepanjang Ramadan lalu. Selepas itu ia beroperasi semula seperti biasa. Kalau nak kata tutup disebabkan masalah kewangan itu tak betul.

"Namun sepanjang ia beroperasi sejak setahun lalu, saya akui memang ada masalah dari segi tenaga kerja. Dalam masa sama pengurus restoran bertukar banyak kali. Bagi saya ini adalah perkara biasa dalam perniagaan restoran," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Ajai yang kini terbabit dalam program 3 Juara terbitan TV3 menyifatkan pembukaan restoran diberi nama Asam Pedas Hirup itu sekadar merealisasikan minatnya dan bukan mengejar keuntungan.

"Saya memang suka memasak dan sudah lama memasang impian untuk membuka restoran. Jadi apabila berjaya ke arah itu, saya cuba melaksanakannya dengan sebaik mungkin, cuma saya tak nak terlalu tertekan dengan mengejar untung semata-mata,€ katanya.

Ajai berkata, sejak restoran itu mula dibuka, dia tinggal di Pulau Pinang selama tujuh bulan bagi memantau operasi.

Selepas mendapat pengurus yang betul-betul bertanggungjawab barulah di kembali ke Kuala Lumpur.

Menurut Ajai, buat masa sekarang dia hanya berulang alik ke sana. Dalam masa sama dia turut dibantu isteri dan adik iparnya jika terikat dengan jadual kerja yang padat.

Post a Comment

Previous Post Next Post